Subscribe:

Labels

Wednesday, May 9, 2012

Tidak yakin dengan Ulike? Baca sini


Salam sejahtera.

Saya terpanggil untuk menulis kali ini berkenaan cabutan bertuah ulike.com.my. Sebab terlalu ramai yang saya lihat terlalu hanya mengharapkan tuah untuk mendapat hadiah. Terus terang saya katakan. Itu bukan lah cara yang terbaik. Sukar untuk saya katakan sebagai pengendali laman ulike.com.my. Tetapi jika itu yang terbaik sebenarnya patut dilakukan, maka memberitahu anda apa yang perlu dibuat adalah perkara yang mulia.(writing like shakespeare.. hehehehe )

Jika nak dibandingkan mengikut interpretasi ” to be, or not to be” dari Shakespeare yang merumitkan keadaan untuk melakukan sesuatu atau tidak, atau untuk membunuh diri atau melawan atau untuk mempuisikan atau merealisasikan, keadaan anda lebih mudah. :-) Dalam keadaan anda yang normal menyertai ulike.com.my adalah sekadar menilai samada anda mahukan hadiah tersebut ataupun tidak. Ianya tidak melibatkan modal beribu ringgit atau komitmen sehingga melupakan dunia offline anda. Hanya usaha anda untuk “to be, or not be”. Sekadar merealisasikan ungkapan tersebut sebagai manusia yang punya kehendak dan didorong pembuktian diri.

Adakah anda mahukan hadiah itu ataupun tidak? Itulah persoalannya.. Sama seperti seorang pemotivasi menguji dewan yang penuh dengan audiennya yang sedang mencari diri dan semangat. Apabila si penceramah/pemotivasi menyeluk poketnya mengeluarkan sehelai duit RM50 dan sambil melambai-lambai berteriak ” siapa yang nak RM50 ini, datang naik ke pentas dan ambilnya dari tangan saya”. Pada ketika itu, reaksi audien adalah berbeza-beza. Ada yang sedang duduk tersengih mendengar kata-kata itu. Ada yang memandang ke kiri dan kanan. Ada yang mengajak kawan disebelah untuk naik ke pentas. Ada juga yang cuba untuk bangun. Ada juga yang sudah berlari ke pentas. Jika anda didalam dewan itu. Apakah tindakan anda? walaupun hanya seorang yang mendapat duit RM50 tersebut, apa yang lebih penting adalah mereka yang berlari ke pentas berjaya menjawab persoalan “to be, or not to be..” mereka ini akhirnya mendapat tahniah dari pemotivasi dan tepukan dari audien kerana mereka ini adalah bakal-bakal insan yang berjaya dalam masa terdekat. Mereka tahu apa yang mereka mahukan, menilai keadaan dengan cepat, buat keputusan secara refleks dan melakukan tindakan yang sewajarnya. Saya tahu anda akan bertindak seperti mereka ini, cuma anda tidak berada dalam dewan itu didalam cerita ini.. hehehe.

Maksud saya, jika anda mahukan sesuatu mestilah ada gerak kerja atau kos untuk melakukannya. Anda mahu makan, maka anda perlu beli makanan, masak dan menyuapkannya ke mulut. Matlamat anda tercapai. Apa saja kehendak didalam dunia ini memerlukan anda melakukan gerak kerjanya. Bergantung kepada anda. Tolonglah jangan jadi pemalas.

Dalam kes ini, anda mahukan hadiah Iphone 4s, Ipad 2, Galaxy Note, kamera dslr, laptop, tv dan sebagainya? Apakah gerak kerja yang perlu dilakukan untuk mendapatkanya.? Adakah gerak kerja ini terlalu memakan masa, terlalu memenatkan? terlalu berat untuk anda buat? Anda perlu daftar.. anda sudah daftar. Apakah selanjutnya?. Promosi kepada rakan-rakan melalui facebook, blog, youtube, email, forum dan sebagainya. Ianya sangat mudah untuk diterima oleh rakan-rakan anda kerana ianya percuma dan semua orang suka benda percuma. Tiada risiko kerugian langsung. Adakah mempromosi ulike.com.my seberat mengiklankan rumah banglo berharga RM450k untuk dijual? Atau adakah ianya memerlukan ayat power, berpuitis bermadah yang perlu digunakan untuk menjual ebook mencari jodoh? Atau adakah anda perlu menjadi seorang doktor perubatan atau belajar ilmu seorang medical assistant seperti mahu menjual ubat kuat dan herba panjang usia di internet? Rasanya tak perlu..!! Ianya memerlukan gerak kerja yang sangat minima. Siapa pun boleh menjayakannya. Apatah lagi dizaman sekarang yang lengkap dengan butang-butang mudah untuk ditekan.

Tiada modal wang ringgit diperlukan merupakan faktor yang besar. Banyak program-progarm lain memerlukan anda mengeluarkan modal untuk mendapat imbuhan. Gerak kerja nya pula lebih susah. Malah untuk anda mendapat komisen, rakan anda perlu mengeluarkan wang untuk membeli produk atau servis yang disarankan. Anda lebih suka program begini atau ulike.com.my?

Saya bukan nak berleter panjang. Cuma hanya untuk menunjukkan hakikat bahawa semuanya akan menjadi sesuatu yang anda inginkan jika anda inginkan ianya berlaku. Jika anda inginkan ianya berlaku, usahakannya,.. maka persoalan “to be or not to be” adalah mudah bagi anda menjawabnya.

Good luck. All the best.

Tips: Mempromosi sesuatu yang percuma adalah sangat mudah jika orang tahu ianya percuma. Adakah semua orang yang berada dikeliling anda sudah tahu mengenai ulike.com.my? Jangan lupakan sesiapa pun. Sebab taukeh kedai runcit depan rumah anda, pensyarah anda, musuh anda, rakan karib atau rakan internet.. kesemuanya sama, suka dengan hadiah percuma. :) tinggal lagi “to tell or not to tell.. that is the question..” hehehehe..


DAFTAR SINI ulike.com.my

0 comments:

Post a Comment